Video Project
Paperwork Project
SFU3033 – INTRODUCTORY MECHANICS
MOD PPG PJJ –
KOHORT 3 (SEMESTER 1)
SESI 2013 / 2014
KUMPULAN
UPSI01(A131PJJ)
DISEDIAKAN
OLEH
NAMA
|
NO. ID
|
NO.
TELEFON
|
ZOLKIFLI
BIN WANIK
|
D20112055967
|
019
4227916
|
NAMA PENSYARAH : DR. SURIANI BINTI ABU BAKAR
TARIKH SERAH : 30 OKTOBER 2013
PENGENALAN
Dalam kehidupan kita , sememangnya banyak melibatkan fizik. Samada kita
sedari atau tidak aplikasi fizik, selalu kita gunakan dalam kehidupan seharian.
Bagi mengambarkan keadaan ini dan memberi idea kepada pelajar-pelajar yang
fizik adalah menyeronokkan dan menarik, saya memilih untuk membina model roket
air yang akan dilancarkan ke sasaran. Ianya boleh direka bentuk dengan menggunakan
bahan-bahan yang mudah di dapati di sekeliling kita. Ianya akan menghasilkan
sesuatu yang menakjubkan di luar jangkaan. Apabila kaedah serta cara-cara
membuatnya diterangkan, semua ini akan dapat membantu pelajar membina dan
melihat sendiri hasil kerja mereka. Proses penghasilan model ini akan
mendedahkan pelajar secara ’hands on’ yang mana memerlukan mereka menggabungkan
beberapa prinsip fizik dalam penghasilan model roket air ini. Kejayaan
menghasilkan model ini, pasti dapat memupuk dan menarik minat pelajar tentang
fizik dan menanam gambaran bahawa fizik adalah menyeronokkan dan menarik. Saya
juga boleh mendedah dan menjalinkaitkan yang fizik boleh di dapati di mana-mana
sahaja seperti dalam kenderaan, di dapur, dalam tandas, taman permainan,
keretapi, laut dan lain-lain lagi. Secara dasarnya fizik sentiasa di sekeliling
kita.
TEORI
Roket bekerja berdasarkan prinsip keabadian momentum. Udara yang
dikeluarkan dibelakang roket menghasilkan satu momentum ke arah belakang. Hal
ini memberikan satu momentum pada roket pada magnitud yang sama, tetapi dalam
arah berlawanan yang menyebabkan roket meluncur ke hadapan. Roket yang bergerak
kehadapan mempunyai magnitud momentum yang setara dengan momentum udara (gas)
dari belakang roket, iaitu untuk mengimbangkan jumlah momentum yang
mula-mulanya sifar . Belon yang diisi dengan gas (udara) sehingga besar,
kemudian dilepaskan, konsepnya sama dengan aplikasi pelancaran roket . Pembinaan
roket air memerlukan gabungan beberapa prinsip fizik. Dari segi bentuk rekaan,
roket air di hadapannya dibentuk meruncing atau tajam bagi mengurangkan
rintangan angin (geseran – daya seretan), untuk membolehkan roket meluncur
lebih jauh menepati sasaran. Reka bentuk sayap juga memerlukan aplikasi prinsip
fizik bagi menberi kestabilan kepada roket semasa dilancarkan. Di sini aplikasi
prinsip Bernoulli diguna pakai yang mana digabung dengan bentuk aerofoil.
Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa kawasan bendalir yang bergerak dengan
halaju tinggi akan menghasilkan tekanan yang lebih rendah. Reka bentuk roket dan
pembentukkan sayap pada roket akan mengaplikasikan prinsip Bernoulli ini, yang
akan mewujudkan dua keadaan tekanan yang berbeza. Perbezaan tekanan ini akan
menghasilkan satu daya angkat ke atas, yang akan membantu roket air terbang dan
bergerak lebih jauh. Terdapat
pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu difahami dan diadaptasi terlebih
dahulu oleh pelajar sebelum menghasilkan dan melancarkan roket air. Pelancaran
roket air ini melibatkan gabungan
prinsip fizik seperti tekanan dalam gas dan tekanan dalam cecair. Pelancaran
roket menggunakan alat pelancar roket air yang berasaskan kombinasi tekanan air
dan udara sahaja. Proses pelancaran roket di mulai dengan, kita mengepam udara
(guna pam tayar basikal). Udara tersebut akan bergerak masuk ke dalam botol yang
mengandungi air. Molekul-molekul gas itu (udara) akan berlanggaran dengan
molekul-molekul air yang ada di dalam botol. Molekul-molekul gas akan memberi
tekanan pada molekul-molekul air, yang akan menyebabkan kedua-dua molekul gas
dan air akan melanggar dinding bekas. Hentaman dinding bekas dan perubahan
momentum akan menghasilkan daya impuls. Daya yang bertindak ke atas luas
dinding botol, akan menghasilkan tekanan gas dan cecair dalam bekas. Tekanan
gas boleh dinaikkan dengan cara mengurangkan isi padu dan menambah bilangan
zarah-zarah gas ( dengan mengepam lebih udara masuk). Molekul-molekul gas yang
berlanggaran dengan dinding bekas botol, akan menyebabkan molekul tersebut
dipatul balik dengan momentum negatif menunjukkan arah yang berlawanan. Ini
akan mewujudkan satu perubahan momentum iaitu impuls. Jika perlanggaran berlaku
pada masa yang singkat, daya impuls adalah tinggi. Daya impuls bertindak pada
luas yang kecil. Maka, terhasil tekanan. Momentum negatif yang terhasil akan
menyebabkan roket air, meluncur ke hadapan dengan lajunya. Ianya selaras dengan
prinsip keabadian momentum yang menyatakan apabila satu momentum terhasil
(momentum negatif) ke belakang roket, maka satu lagi momentum ke hadapan akan
terhasil (daya tujahan) pada magnitud yang sama.
BAHAN-BAHAN
1. 2 biji botol air 1.5 L
2. Satu gulung pita pelekat
3. Sebotol kecil gam
4. Gunting
5. Pisau
6. Pensil
7. Kertas tebal (Kertas kotak)
8. Plastisin
9. Benang
10. Pen (Marker pen)
11. Pembaris
12. Benang
1. Potong satu botol air (1.5 L), ⅓ daripada
bahagian atas, seperti gambar di bawah
lubang botol tersebut. Kemudian ambil pelekat, untuk menutup lubang
botol dan membentuk ianya seperti muncung yang tajam. Plastisin digunakan sebagai
pemberat. Ini
semua bertujuan untuk melancarkan pergerakan roket merintangi angin
ketika dilancarkan.
3. Kemudian ambil bahagian atas botol yang telah
siap dimasukkan plastisin dan cantumkan dengan
botol air (1.5 L), yang satu lagi itu pada bahagian bawah botol tersebut.
4. Gunakan pita pelekat untuk mencantum
kedua-dua bahagian botol.
5. Guna pisau atau gunting untuk memotong kertas
tebal, yang hendak dijadikan sayap.
Buatkan 3 keping sayap mengikut bentuk
yang bersesuaian.
7. Ambil benang dan sukat ukur lilit botol (pada
bahagian pelekatan sayap)
8. Benang dibahagi 3 bahagian dan ditanda dengan
pen.
9. Gunakan benang yang telah ditanda, untuk
menanda 3 tempat pada bahagian bawah
botol sebagai tempat pelekatan sayap.
10.Lekatkan
sayap pada bahagian botol yang telah ditanda dengan menggunakan gam.
11.Roket
telah siap dan boleh dilancarkan.
KAEDAH MEMBUAT PELANCAR ROKET
Bahan-bahan
seperti gambar di bawah, iaitu paip PVC
, papan tebal, sambungan paip, plastik mengikat, tiup getah, besi pengikat paip, gam paip
berserta pam tayar basikal.
Setelah siap
dipasang ianya seperti gambar di bawah, di mana ianya telah sedia untuk
dilancarkan. Apa yang perlu dilakukan hanya mengepam angin masuk menggunakan
pam tayar basikal. Setelah tekanan angin antara 40 – 60 psi, picu roket (paip PVC di bawah roket bersaiz 2½inci) ditarik,
maka roket akan dilancarkan.
Keputusan dan Perbincangan
Sebelum melancarkan roket air ini,
sasaran saya untuk pergerakan roket ini
lebih kurang seratus meter. Apabila dilancarkan, tanpa di duga, roket
air yang serba ringkas ini mampu mencapai jarak lebih kurang satu ratus lima
puluh meter. Ianya sudah tersasar jauh daripada sasaran sebenarnya. Saya rasa
jika diperkemaskan lagi reka bentuk roket air ini, ianya mungkin mampu bergerak
lebih jauh. Pada pandangan saya, roket
air ini tersasar jauh di sebabkan, kemungkinan tekanan yang diberi terlalu
kuat.Tekanan dari pam basikal dan tekanan yang terhasil dari proses mengepam
gas (udara) serta cecair (air) , tidak diketahui kandungan sebenar kerana tiada
alat ukuran tekanan digunakan. Air yang
dimasukkan dalam roket juga tidak disukat secara teliti. Unsur-unsur yang disebut
ini, boleh mempengaruhi dan menentukan
jarak pergerakan sesuatu roket air itu. Pelancaran roket air boleh juga dibuat
dalam keadaan menegak ke atas. Keadaan ini biasanya dilakukan untuk melancarkan
payung terjun. Pelancaran roket air bersama payung terjun akan memberi lebih
peluang kepada pelajar menunjukkan kreativiti dan inovasi dalam mereka bentuk
roket air dan juga payung terjun. Ianya boleh dikaitkan dengan banyak lagi
prinsip-prinsip fizik seperti daya tarikan graviti, rintangan udara dan sebagainya.
KESIMPULAN
Untuk menarik minat orang terhadap
sesuatu, pelbagai kaedah pendedahan dapat dilakukan seperti melalui pameran ,
pertandingan , kempen , pertunjukkan dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar
sekolah juga begitu, mereka perlu didedahkan secara berterusan bagi memupuk
minat dan kecintaan terhadap sesuatu. Tujuan untuk memberi idea kepada
pelajar-pelajar, yang fizik adalah menyeronokkan dan menarik, dengan membawa
mereka melihat sendiri pameran dan petunjukkan inovasi-inovasi baru sains yang
diadakan atau berkunjung ke tempat-tempat seperti Pusat Sains Negara, Petro
Sains, Planetarium dan lain-lain lagi. Apabila melihat pameran atau
pertunjukkan ini, guru boleh memberi penerangan tentang hubungkait atau kaitan
antara hasil ciptaan dengan fizik. Pertandingan-pertandingan yang berkaitan
reka ciptaan sains seperti roker air juga, boleh memberi banyak pendedahan
kepada pelajar tentang fizik. Pelajar perlu
mengetahui pelbagai konsep dan aplikasi fizik yang perlu difahami dan
diadaptasi terlebih dahulu sebelum menghasilkan dan melancarkan roket air.
Daripada pertandingan seperti ini, pelajar juga dapat menunjukkan daya
kreativiti dan inovasi mereka. Pendedahan seperti ini, dapat digunakan atau
dimanipulasi oleh guru untuk menghubungkait perkaitan fizik dengan kehidupan
seharian. Ia juga dapat menjelaskan bahawa fizik ada di sekeliling kita.
yujeuyttttttt
ReplyDeletePEnerangan penghasilan roket yang terbaik...Insyallah next time akan come up dengan data simulasi pulak tu....Syabas
ReplyDeleteSaya xfaham..as parents sy cube memahamkan anak..drjh5 dh didedahkan dgn eksperimen ini..apa yg anak perlu faham sebenarnya?ttg molekul2 bergerak?atau ape?
ReplyDeleteIsi padu air mempengaruhi masa penerbangan roket air.
Deleteyookooooo
Delete👍👍
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu , isipadu air mempengaruhi kelajuan roket ke ?
ReplyDelete