Falsafah
Pendidikan Negara
“Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk
mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah
Pendidikan Sains
''Selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk
budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu
yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu
sains dan keterampilan teknologi.''
Falsafah Pendidikan Guru
"Guru
yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin."
Huraian Falsafah Pendidikan Negara
1. Latar
Belakang
Penyata
Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan
sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran
1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama
negara. Di samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan
aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan
politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepat serta
memperkukuhkan cita-cita ke arah
mewujudkan perpaduan negara.
Usaha-usaha
ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila berlakunya
tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan
untuk menghapuskan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di
samping itu digubal Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas
pegangan dan panduan setiap rakyat di negara ini.
Di bidang
pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk
mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Dalam Laporan jawatankuasa ini
matlamat perpaduan ditegaskan semula. Di samping itu Laporan ini juga meluaskan
lagi matlamat pendidikan negara meliputi:
“ ……
matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan
terlatih”. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hal. 1).
Ringkasnya,
matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki
cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi Laporan
tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik. Ciri-ciri
tersebut ialah:
(a)
keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan
damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan
nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia;
(b)
menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan,bersedia bekerja atau
membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hak-ha individu, mengamalkan
tingkahlaku yangbaik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormatidan
mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat
untuk negara;
(c) boleh
menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara.
Untuk
menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan bertatasusila, Laporan
Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya murid-murid bukan Islam diajar
Pendidikan Moral dan Etika.
Pengajaran
Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan. Ubahsuaian-ubahsuaian
juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui dan memenuhi hasrat menghasilkan
warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara.
Selaras
dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga mengalami proses
perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeru itu sistem pendidikan harus
menerima cabaran tersebut kerana proses perkembangan sesuatu masyarakat sentiasa
dikaitkan secara langsung dengan sistem pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan
Jawatankuasa Kabinet menjelaskan:
“Untuk
kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja
perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari
segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadapkerja. Mereka bukan sahaja perlu
cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara
sendiri mahupun secaraberamai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca
akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan
negara perlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan.”
Dengan
mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, sistem pendidikan negara mesti
digerakkan untuk menemui serta memenuhi cita-cita tersebut.
2. Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
Dalam
sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan tidak
dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan
negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta
Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan
negara, sistem pendidikankebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip
Rukunegara.
Keperluan
untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama
disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan
yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini.
Selaras
dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan
seperti berikut:
“
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.”
Pernyataan
falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan
kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah
melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan
kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk
melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama.
Berpandukan
kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan
insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik iani secara automatis menjadi
warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati
ciri-ciri yang berikut:
_ percaya
dan patuh kepada Tuhan;
_ berilmu
pengetahuan;
_
berakhlak mulia;
_
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
_
berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara;
dan
_
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
3. Huraian Falsafah Pendidikan Negara
Memperkembangkan
Potensi Individu
Potensi
ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan
ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah
Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan
secara berterusan.
Menyeluruh
dan Bersepadu
Kesemua
bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara
optimum. Pengembangan itu pula hendaklah dilakukan zecara tergabung dan saling
berkaitan di antara satu sama lain.
Insan
yang Seimbang dan Harmonis
Manusia
yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan
secara selaras, menyeluruhdan harmonis. Ia menjadi insan yang sentiasa
bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar
untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia
dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan
kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia
tercermin dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan Maha
Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan
negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa.
Unsur
Intelek
Unsur
Intelek mengandungi aspek-aspek berikut:
_ hikmah
iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran;
_ daya
pemikiran yang kreatif dan inovatif;
_ daya
pemikiran yang logik dan analitis;
_ ilmu
yang bermanfaat.
Unsur
Rohani dan Emosi
Unsur-unsur
rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut :
_
keyakinan terhadap Tuhan;
_
kepercayaan beragama;
_
kemantapan jiwa;
_
penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat;
_ berbudi
pekerti mulia;
_
berbakti dan berkorban
Unsur
Jasmani
Ciri-ciri
unsur jasmani ialah :
_ kecergasan
fizikal dan kesihatan diri;
_ dapat
menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk
berdikari
dan hidup bermasyarakat.
Kepercayaan
dan Kepatuhan Kepada Tuhan
Usaha-usaha
ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak
terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan
kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia
dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam.
Rakyat
Malaysia yang Berilmu Pengetahuan
_
Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta
cintakan ilmu pengetahuan. Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan
ilmu tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap
individu
mesti berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat.
Rakyat
Malaysia yang Berakhlak Mulia
_
Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan,
berdisiplin dan bersepadu. Sifat-sifat
mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat.
Sifat-sifat
mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan amalan.
Rakyat
Malaysia yang Bertanggungjawab
_
Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai
tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan negara. Masyarakat ini adalah
masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan
cekap, bersih dan amanah.
Rakyat
Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri
_ Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang
damai dan tenteram. Ini membolehkan
setiap individu memperkembang dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi
memenuhi keperluan sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara.
Rakyat
Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan
_
Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan
tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan
alam.
Masyarakat
ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran
ke arah pembangunan Negara.
Keharmonian
dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara
_
Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain,
bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya
perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram dan stabil. Suasana yang sihat dan
positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua
bidang kehidupan.
4. Penutup
Falsafah Pendidikan
Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini
digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di
dalam sistem dan rancangan pendidikannya.
Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan
ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara
adalah berpaksikan keTuhanan.
Falsafah
Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,
seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang
dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia
dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat
berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Pusat
Perkembangan Kurikulum,
Kementerian
Pendidikan.
No comments:
Post a Comment