MY ASSIGNMENT

ASSIGNMENT 1

ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

SSI3013 – INFORMATION AND COMUNICATION
TECNOLOGI IN SCIENCE
MOD PPG PJJ – KOHORT 3 (SEMESTER 1)
SESI 2013 / 2014
TUGASAN 1

Apakah cabaran didalam penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah

KUMPULAN
UPSI01(A131PJJ)
DISEDIAKAN OLEH

NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
ZOLKIFLI BIN WANIK
D20112055967
019 4227916

                NAMA PENSYARAH   : ENCIK AZMI BIN IBRAHIM
               TARIKH SERAH           : 16 OKTOBER 2013

PENDAHULUAN
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalam atau cara hidup. Dengan ledakkan era teknologi maklumat, melibatkan banyak cabaran kepada sekolah-sekolah di Malaysia. Tahap kualiti masa hadapan masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi bergantung kepada kemampuan generasi muda yang akan mengambil alih peranan pemimpin masyarakat. Kearajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik  dan amnya mata pelajaran lain, seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat iaitu ICT. Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama dan penyediaan infrastruktur ICT. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah cuba dipertingkatkan ataupun diperkasakan sedikit demi sedikit. Harapan tinggi mengunung, agar strategi pengajaran dan pembelajaran yang mewarnai bidang pendidikan semakin utuh selaras dengan perkembangan sains dan teknologi. Malah, pelbagai penemuan baru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), membolehkan guru mengakses bahan pengajaran dalam sekelip mata. Dalam senario dunia yang memperlihatkan kekayaan sumber digital ini, mengapa tidak kita menggunakannya untuk mencapai impak yang tinggi ke atas pola pengajaran dan pengajaran dalam bilik darjah selain menjanjikan pulangan yang tinggi atas pelaburan ilmu yang dilakukan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat (ICT) dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan

                                                                       1
penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Di samping itu, penggunaan
alat bantu mengajar LCD adalah antara cara terbaik untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di kelas pada masa kini. Pola pengajaran menggunakan inovasi pendidikan sebegini dapat memaparkan pelbagai kelebihan tersendiri seperti :

* Mengelakkan pembaziran masa.
Guru tidak perlu membazir masa menulis bahan pengajaran pada papan putih untuk disalin pelajar. Tidak banyak yang dapat dipelajari pelajar dengan menyalin nota yang tertera di hadapan mata mereka berbanding masa yang dibazirkan. Pengajaran yang dikendalikan menggunakan alat bantu mengajar melalui persembahan power point misalnya, memberi ruang kepada guru menguruskan bahan mengajar secara professional mengikut susunan dan cara yang dikehendaki. Dengan itu, guru mempunyai masa yang panjang untuk mengajar dan menerangkan bahan pengajaran secara lebih efektif. Malah, bahan pengajaran yang disampaikan boleh dicetak dan diedarkan kepada pelajar sebelum atau selepas setiap sesi pengajaran.

* Pengajaran dapat dirancakkan dengan maklumat tambahan.
Guru boleh mendapatkan maklumat tambahan bagi bahan pengajarannya daripada internet. Selain memuat turun nota, gambar dan klip video berkaitan topik yang diajar bagi merancakkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, ia dapat menggalakkan perkembangan kognitif pelajar serta memberikan mereka gambaran lebih luas mengenai topik yang diajar. Ia juga menjana kemahiran berfikir pelajar dengan membolehkan mereka melihat perkaitan antara gambar dan klip video dengan bahan pengajaran.

*Mengelakkan kebosanan pelajar.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran lebih menarik minat pelajar. Kekuatan pengajaran menggunakan persembahan power point misalnya adalah pada keupayaannya memanipulasikan fikiran pelajar untuk menggarap ilmu yang disampaikan guru. Bagi pelajar, ia adalah pembaharuan dalam corak pengajaran dan pembelajaran masa kini. Dengan corak pengajaran yang terarah, huraian dan penerangan yang teratur, persembahan power point yang menampilkan contoh yang relevan seperti paparan gambar atau rakaman klip video dapat memberi gambaran lebih menyeluruh kepada pelajar mengenai topik yang sedang dipelajari serta memudahkan mereka memahaminya.


                                                                       2
*Memberi ruang kepada pola pengajaran sebenar.
Penumpuan keterlaluan terhadap penggunaan papan putih memberi kesan ke atas masa pengajaran. Penggunaan ICT (LCD) membolehkan guru memaksimumkan masa menerangkan bahan pengajaran dengan lebih konsisten dan terkawal. Pendekatan ini memaparkan penguasaan ilmu yang dimiliki guru serta kredibiliti sebenar mereka. Cara ini membolehkan guru memberi penerangan lebih lanjut dan mengupas idea dengan lebih baik dan teratur. Guru juga dapat mewujudkan perbincangan bagi topik yang diajarnya. Guru boleh menggunakan pelbagai aplikasi yang dapat meransang minat pelajar terhadap pengajaran.

*Memberi kreativiti dalam pengajaran.
Penggunaan ICT membolehkan guru mengelompokkan semua bahan pengajarannya, contoh dalam power point demi melancarkan pengajaran. Pelajar tidak perlu menyalin kerana nota boleh dicetak dan dibekalkan kepada murid. Dengan itu guru boleh mengendalikan sesi pengajaran dengan menerapkan pelbagai ciri seperti unsur humor atau lawak bagi menceriakan suasana kelas untuk menarik minat murid terhadap pegajaran. Guru juga boleh menyelitkan unsur motivasi bagi mengembalikan tumpuan kepada pengajaran atau meningkatkan keyakinan diri murid untuk terus menguasai ilmu. Guru juga boleh mengemukakan pelbagai soalan kepada pelajar sepanjang proses pengajaran untuk mengawal tumpuan dan memastikan tahap pemahaman pelajar. Dengan kreativiti guru dalam pengajaran, pelajar mudah diransang untuk menguasai ilmu yang diajarkan dalam kelas.

Justeru itu adalah menjadi cabaran kepada Kementarian Pendidikan Malaysia untuk memastikan setiap sekolah akan memperolehi komputer, menjelang usaha ke arah menjadikan setiap pelajar dan guru celik ICT. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi, sosial, pentadbiran dan pendidikan. Mahu tidak mahu, warga pendidik perlu mengaplikasi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah. Tidak dapat dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di antara cabaran yang telah menjejaskan pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah daripada pihak:



                                                                       3
*Guru
Kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan
ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru tidak mahir menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah. Guru juga di dapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalah dari segi masa penyediakan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran.
i. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari 
   kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini
   akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurang.
ii.Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini  
   kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persedian ke dalam kelas dan perlu      
   dipasang dan dikemas semula selepas digunakan. Kadang-kadang kerosakan   
   kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan
   bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu  
   sebelum digunakan. Penggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang 
   diajarkan.
Penerimaan guru terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga penting dalam menentukan kejayaan ini. Masih terdapat segelintir guru yang tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Ada di antara guru, merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat, ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan ICT seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat. Berdasarkan kepada dapatan beberapa kajian,

                                                                       4
didapati bahawa kekangan utama yang menyebabkan guru kurang menggunakan komputer adalah disebabkan oleh faktor-faktor teknikal. Item-item seperti ‘Sambungan internet mengalami gangguan’, ‘Komputer tidak boleh digunakan kerana serangan virus’ dan ‘Masalah teknikal seperti peralatan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik penyebab
utama kenapa tidak menggunakan ICT’ merupakan antara punca utama yang mendapat min terendah daripada guru. Guru juga menghadapi masalah-masalah lain seperti sebaran virus dan ‘server down’, internet yang kadang kala tergendala, masalah gangguan elektrik, masa, kemahiran dan minat yang kurang, perkakasan atau peralatan atau kemudahan yang kurang atau lambat diselia dengan baik, komputer yang dibekalkan sudah terlalu uzur dan sering rosak serta ketiadaan software tertentu di dalam kelas.

*Pelajar
Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Ada di antara pelajar yang tidak pernah menggunakan atau mempunyai sebarang alat ICT, contoh komputer di rumah mereka. Hal ini menyebabkan kesukaran dan merencatkan pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Di samping itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pengetahuan pelajar bandar dan luar bandar. Ini kerana sudah pasti kelengkapan ICT yang dibekalkan pada pelajar bandar cukup dan banyak. Pelajar-pelajar bandar juga sudah biasa terdedah kepada teknologi ini yang mana akan dapat membantu mereka untuk meningkatkan proses  pembelajaran, iaitu mereka boleh mendapatkan pelbagai akses dengan bantuan penggunaan alatan ICT, manakala pelajar luar bandar akan menjadi lebih jauh jurang perbezaan dari pelbagai segi berbanding pelajar bandar. Dari kajian yang dibuat, di dapati pelajar yang pandai, lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah pula, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran walaupun guru menggunakan komputer. Ada di antara pelajar luar bandar yang buta huruf, ini juga boleh memperlahankan aplikasi penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kerana mereka selalunya tidak tahu hendak menggunakan alatan tersebut disebabkan tidak boleh membaca. Masalah ketidakseimbangan sosial di kalangan pelajar ini juga, boleh merencatkan pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


                                                                       5
*Kementerian
Pembekalan komputer oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar juga merupakan cabaran dalam mengaplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh. Ini berlaku kerana, segala
 penyediaan kelengkapan ICT ini, memerlukan kos dan komitmen yang tinggi. Ada sekolah-sekolah di luar bandar tidak mempunyai lansung bilik komputer. Usaha untuk melengkapkan segala kelengkapan ICT di sekolah bergantung kepada keupayaan kewangan Negara.
Latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’ dan ‘perlu bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara automatik, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat. Latihan, kursus serta program-program intervensi perlu dirancang dan dilaksana dengan kadar segera dan bersungguh-sungguh bagi membantu para pendidik berhadapan dengan perkembangan ICT, terutamanya dewasa ini corak pendidikan global bergerak ke arah pengajaran dan pembelajaran berasaskan web dan pembelajaran elektronik.
Penyediaan penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. Sistem penyelenggaraan bahan-bahan ICT di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pelaksanaan ICT ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Contoh , komputer lama yag sudah ketinggalan dari segi kemampuannya tidak ditingkatkan kapasitinya atau ditukarkan kepada versi baru programnya. Kebanyakkan komputer yang ada sudah ketinggalan zaman, di serang virus dan rosak. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proeses pemuliharaan dan penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah tentunya juga menjadi punca permasalahan ini.
Bilangan guru terlatih dalam ICT yang dibekalkan belum mencukupi. Semua graduan baru pendidikan mesti dibekalkan dengan ilmu tentang ICT. Komputer dan alatan ICT lain di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Dengan adanya guru-guru terlatih yang mahir penggunaan ICT, masalah ini mungkin dapat diatasi. Guru ICT terlatih amat perlu dari segi pengurusan dan penyelenggaraan alatan ICT, bagi memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik untuk boleh diguna pakai. Setiap sekolah sepatutnya

                                                                       6

dibekalkan dengan sekurang-kurangnya seorang pakar ICT, yang cukup mahir tentang
pengendalian perkakasan ICT, supaya ianya dapat bertahan lama dan sentiasa dalam keadaan baik dan yang boleh diguna pakai.

*Lain-lain
Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah, di mana guru-guru dan pelajar ada di dapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial dan sebagainya. Kelemahan pengawalan dan pemantauan penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah internet yang sukar dikawal dan ianya boleh meningkatkan tanggapan negatif terhadap penggunaan kemudahan ICT di sekolah.
Perisian komputer untuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sukar diperolehi. Ini kerana perisian khusus yang bermutu tinggi amat susah untuk dihasilkan. Beratus-ratus jam tenaga mahir diperlukan bagi tujuan ini. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa perisian khusus yang bermutu tinggi sukar untuk dihasilkan.
Masalah bilik komputer dan bilangan komputer yang terhad sering menggangu kelancaran pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT. Guru-guru perlu bersaing dengan guru lain untuk menempah penggunaan bilik komputer atau bilik multimedia. Masalah program komputer yang sering diserang virus dan menyebabkan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik adalah merupakan antara cabaran yang perlu dilalui dalam mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Penutup
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberi satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan ICT telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah pelajar belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalam bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari, merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Kemudahan ini dapat memberi peluang kepada semua pelajar meneroka,
                                                                       7
menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Penggunaan ICT seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan, di mana ianya merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampaikan maklumat secara efektif, pantas dan
banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan itu juga , kejayaan aplikasi ICT dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibatkan faktor-faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat. Dalam menjayakan hasrat murni ini (aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran), gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahupun pihak masyarakat amat diperlukan. Sokongan pihak swasta juga amat penting untuk menjayakan hasrat murni ini. Mereka boleh memainkan peranan dengan menyumbang dalam bentuk membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah, bagi membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan.  Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembaharuan dalam pedagogi perlu dibuat dalam era globalsasi ini. Banyak cabaran perlu dilaksanakan untuk menjayakan pembaharuan ini. Antaranya ialah guru perlu sentiasa berusaha untuk memajukan diri, sentiasa membuat refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran , menggalakkan pelajar untuk lebih berdikari dan menerapkan semangat kerjasama dan kolaboratif dalam kelas. Guru juga boleh menggunakan inisiatif sendiri dengan mengikuti kursus-kursus mengenai ICT untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan tentang ICT, bagi sama-sama menyahut seruan kerajaan ke arah proses pengajaran dan pembelajaran masa kini.  Guru bersama-sama dengan pelajar mestilah memupuk pembelajaran sepanjang hayat untuk memastikan pembinaan pemikiran kritis dan kemahiran teknologi sentiasa disepadukan. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sesungguhnya teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru, seperti penggunaan ICT untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran. Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan perkakasan ICT dan justeru itu, penggunaannya dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini

                                                                       8
dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu dan diaplikasi sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, teknik suara,  bunyi, grafik, gambar dan video. Guru seharusnya bijak mengatasi keadaan ini bagi membantu pelajar menangani perkembangan dalam ICT yang berlaku dengan begitu pantas, di mana pengetahuan dan kemahiran baru sentiasa muncul. Tanpa pengetahuan dan kemahiran ICT yang secukupnya, guru tidak dapat memaksimumkan potensi teknologi
yang ada untuk meningkatkan kualiti serta keberkesanan pengajaran mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat dan penggunaan bahan teknologi maklumat dalam alam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting dan kemestian bagi guru-guru. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat diperhatikan bahawa, pembelajaan dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan mudah menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya. Walaupun pada masa kini, masih belum terdapat lagi kajian khusus yang mendalam tentang keberkesanan aplikasi proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi maklumat dibuat, namun kita percaya bahawa melalui pengintegrasian teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan pengabungjalinan penggunaan multimedia serta komputerHal ini demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya mengabungkan teknik suara, bunyi, gamabar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baru di samping kaya dengan pelbagai input yang berguna. Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan yang lebih bersifat satu hala. Kemunculan internet juga telah meluaskan lagi penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu dan dapat diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Antara kesan yang boleh dilihat dalam pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adalah kemampuan menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara dasarnya semua pihak akan bersetuju bahawa penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan banyak membantu guru dalam meningkatkan keberkesan mendapatkan maklumat dan penyampaian pengajaran kepada pelajar. Pelajar pula akan lebih mudah dan lebih mendapat  kefahaman mengenai proses pembelajaran yang dilalui. Oleh itu semua pihak patut bersatu hati dalam menghadapi pelbagai cabaran

                                                                       9
dalam mengaplikasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kejayaan ini bergantung kepada semua pihak yang sepatutnya memainkan peranan masing-masing, di mana pihak Kerajaan akan memperuntukkan lebih dana kewangan kepada Kementerian Pendidikan, bagi memudahkan penyaluran alatan ICT keseluruh sekolah di Malaysia secara saksama. Pembekalan guru-guru baru terlatih yang mahir ICT dan juga pakar ICT sekolah patut dipertimbangkan demi kelansungan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru juga perlu sedar dan berubah serta cuba memperbaiki kemampuan diri dalam menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan hasrat murni ini. Pihak swasta dan badan-badan koprat sepatutnya membantu pihak kerajaan untuk memastikan kejayaan program ini, dengan menyalurkan kelengkapan ICT ke sekolah-sekolah bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung Kementerian Pendidikan. Komputer-komputer lama yang masih boleh diguna, sepatutnya boleh disalurkan ke sekolah oleh pihak swasta dalam membantu pihak kementerian. Sesungguhnya komitmen semua pihak amat ditagih dalam memastikan segala halangan dapat diminimumkan dan kejayaan dapat diraih dengan jayanya, dalam memastikan pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah membanggakan.


Rujukan :
Buku
Vivi Lachs.(2004).MULTIMEDIA DI DALAM DARJAH.Institut Penterjemahan Negara Malaysia Berhad.Kuala Lumpur.
JASIMAN BIN AHMAD & NORA BINTI SAMAT.(2000).TEKNOLOGI PENDIDIKAN.JADE GREEN PUBLICATIONS SBD BHD.Kuala Lumpur.
MOK SOON SANG.(2003).PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN SKIM PERKHIDMATAN GURU.KUMPULAN BUDIMAN SDN BHD.Subang Jaya.
Majalah
MAJALAH PENDIDIK. SEPTEMBER 2008
MAJALAH PENDIDIK.FEBRUARI 2011



No comments:

Post a Comment